Sunday 14 August 2011

“RAMADHAN MULIA PAHALA DIGANDA ”


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


(5 OGOS 2011 / 5 RAMADHAN 1432H)



Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Pada bulan Ramadhan yang suci ini, maka marilah kita mengambil peluang keemasan untuk membaiki dan meningkatkan prestasi diri agar dapat melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan Ramadhan kita kali ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ini ialah: “RAMADHAN MULIA PAHALA DIGANDA ”
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Hari ini kita berada pada hari kelima dalam bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan ini merupakan masa gembira kepada orang yang beriman kerana setiap saat ada ganjaran pahala yang berganda-ganda melebihi yang biasa. Hari-hari dalam bulan Ramadhan adalah hari penuh ganjaran, malam-malamnya adalah malam yang paling berkat dan setiap minit dan jam adalah peluang-peluang yang paling utama untuk menyucikan diri dan mendapat pahala daripada Allah SWT. Rasulullah SAW sendiri merasa gembira setiap kali kedatangan bulan ini dan kegembiraannya di sampaikan pula kepada para sahabat Baginda. Hadith Rasulullah SAW yang di riwayatkan oleh Iman Ahmad bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah SWT telah memfardukan ke atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan di buka segala pintu syurga dan di kunci segala pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan.
Sebagai makhluk ciptaan Allah SWT sememangnya kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan sama ada dosa besar atau kecil. Selari dengan kelemahan makhluk-Nya itu, Allah SWT telah menawarkan kepada umat Islam bulan Ramadhan sebagai bulan untuk membaiki, membaik pulih dan mempertingkatkan iman dan akhlak manusia. Justeru bulan yang mulia ini dilipat ganda ganjaran pahala khususnya bagi membersihkan segala dosa serta mengembalikan fitrah akhlak manusia. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu”(Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW pernah berpidato ditengah-tengah para sahabat di akhir bulan Sya’ban, di antara isi pidatonya: Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan di datangi dengan satu bulan yang agung dan penuh berkat. Di bulan itu terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Di bulan itu juga Allah menjadikan puasa sebagai kewajipan dan solat malam sebagai bentuk ibadah. Barangsiapa berusaha mendekat diri kepada-Nya dengan satu bentuk ibadah sunat, maka pahalanya seperti melakukan ibadat fardu di luar bulan ini dan barangsiapa melakukan ibadat fardu dalam bulan ini, maka pahalanya digandakan 70 kali . Ia adalah bulan kesabaran dan pahala sabar adalah syurga, Ia adalah bulan kebersamaan, bulan di mana rezeki orang-orang yang beriman akan ditambah. Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka kepada orang lain, maka dosa-dosanya akan di ampuni dan dibebaskan dari api neraka. Dan satu hadith Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Setiap amalan anak-anak Adam itu dilipat-gandakan, satu kebajikan dilipatgandakan dengan 10 sehingga 700 kali ganda. Allah berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk –Ku .Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika ia menjumpai tuhannya. Dan bau mulut orang yang berpuasa di hadapan Allah lebih harum dari wangian misk.” (Riwayat al-Bukhari)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Bagi memperolehi ganjaran pahala yang ditawarkan dalam bulan Ramadhan maka jiwa kita hendaklah diasuh dan diasah untuk mendekati dengan Allah SWT serta bermujahadah melawan hawa nafsu. Pada bulan Ramadhan tugas untuk mengawal hawa nafsu dipermudahkan oleh Allah SWT melalui latihan-latihan dan keistimewaan yang di sediakan secara khusus antaranya ialah kewajipan ibadat puasa.
Ibadat Puasa yang dilakukan dengan sempurna mampu mengawal segala kemaksiatan dunia dan dapat mendidik jiwa menjadi lebih tenang dan membentuk diri menjadi seorang hamba yang bertakwa kepada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”

Takwa adalah buah dan hasil yang diharapkan dari amalan puasa. Buah tersebut akan menjadi bekalan orang beriman dan menjadi perisai agar diri manusia tidak terjebak dalam jurang maksiat dan kejahatan. Bagi orang yang bertakwa kepada Allah SWT ia akan melaksanakan ajaran Islam secara menyeluruh. Dia tidak akan melihat, mendengar, mengucapkan dan melakukan perkara yang diharamkan. Dia hanya melakukan sesuatu yang dituntut dan diperbolehkan Allah SWT. Dia hanya berada di tempat yang mendatangkan keredhaan Allah SWT dan menjauhi tempat yang mendatangkan kemurkaan-Nya.
Ketika berpuasa kita bukan sahaja menahan diri dari keinginan makan dan minum malah seluruh anggota badan kita seperti mulut, mata, hati dan kemaluan juga hendaklah turut berpuasa. Kita juga dituntut memperbanyakkan amal ibadah yang lain dengan mengisi ruang-ruang yang ada seperti bersolat taraweh, bertadarus, bersedekah, membaca al-Quran, beriktikaf, menuntut ilmu dan sebagainya bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT didalam usaha mencari keredhaan-Nya. Ingatlah bahawa amalan wajib dan sunat di sepanjang bulan ini merupakan latih tubi insan kepada pembersihan hati, mendisiplin anggota badan, mengukuhkan akhlak dan mencegah penyakit.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru marilah kita sama-sama mengambil kesempatan peluang ganjaran pahala yang di janjikan oleh Allah SWT sepanjang bulan Ramadhan dengan menjana kekuatan jati diri kita untuk beribadat kepada-Nya. Bulan impian ini merupakan anugerah Allah kepada hamba-Nya yang hanya datang setahun sekali. Penuhilah ruang dan masa dengan melakukan perkara-perkara kebaikan kerana mungkin bagi tahun yang mendatang kita tidak merasainya lagi. Mimbar menyeru umat Islam sekalian marilah sama-sama kita memenuhi masjid dan surau untuk melakukan ibadah terutamanya solat taraweh dan bertadarus al-Quran yang banyak keistimewaannya. Mimbar juga mengambil kesempatan bersempena dengan sambutan hari Peladang, Penternak dan Nelayan pada 6hb Ogos setiap tahun menyeru semua pihak untuk sama-sama kita menghargai golongan ini. Sambutan ini merupakan satu pengiktirafan dan keperihatinan pihak pemerintah di atas usaha-usaha dan jerih payah masyarakat peladang, penternak dan nelayan dalam pelbagai aktiviti demi mengeluarkan bahan makanan dan pertanian untuk kegunaan negara.Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 97:
Maksudnya: “Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.”


Memberi Salam Amat Digalakkan Dalam Islam

Riwayat: Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Kategori: Akidah
Hadith:
Daripada Anas r.a. bahawasanya ia berjalan di kalangan beberapa orang kanak-kanak lalu ia memberi salam kepada mereka dan katanya Nabi s.a.w. berbuat demikian.
Huraian Hadith:
1. Sunat memberi salam kepada sesama muslim tidak mengira darjat, pangkat dan peringkat orang yang diberi salam.
2. Memberi penghormatan kepada orang yang lebih rendah martabat dan pangkat tidak akan mengurangkan kemuliaan seseorang.
3. Umat Islam hendaklah sama-sama hormat menghormati antara satu sama lain dan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w dengan memberi salam apabila bertemu walaupun terhadap kanak-kanak.

Sifat Manusia

Riwayat: Riwayat Ahmad
Kategori: Akidah
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.
Huraian Hadith:
i) Manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan dengki terhadap kelebihan orang lain.
ii) Kedua-dua sifat ini membawa kerugian kerana ia akan melahirkan individu yang tidak bersyukur sehingga hubungan dalam masyarakat menjadi rosak akibat daripada berlakunya pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri.
iii) Selaku umat Islam kita dituntut untuk sentiasa bersyukur kepada Allah kerana dengan bersyukur hati kita akan tenang dan redha di samping mempercayai bahawa rezeki itu terletak di tangan Tuhan. Kita wajib berusaha sedangkan yang menentukannya adalah Allah S.W.T. Bahkan Allah telah berjanji bahawa rezeki orang yang bersyukur akan ditambah sebaliknya pula bagi orang kufur (tidak bersyukur).
iv) Lawan kepada sikap tamak itu adalah bersikap sederhana iaitu menolak keterlaluan di mana kita dituntut agar bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya tetapi mestilah menyeimbangkannya terutama dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat.

Islam dan Pekerjaan

Riwayat: Riwayat Ibn Majah
Kategori: Muamalat
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Berikanlah upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya
Huraian Hadith:
i) Bekerja merupakan keharusan mutlak yang harus dilakukan oleh seorang muslim untuk mendapat rezeki yang telah disediakan oleh Allah S.W.T, bahkan kalau perlu, seseorang itu digalakkan merantau ke pelbagai pelusuk dunia untuk meraih rezeki yang halal. Hal ini juga termasuk dalam kontek jihad.
ii) Bekerja adalah senjata utama untuk memerangi kemiskinan, modal dalam mencapai kekayaan dan faktor dominan dalam mencipta kemakmuran hidup.
iii) Seseorang itu dituntut supaya redha dengan pekerjaannya dan menjalankan kerja-kerja yang telah diamanahkan dengan tekun untuk menjamin kebersihan upah yang diterima daripada pekerjaan tersebut. Oleh itu, sesuatu pekerjaan yang dibuat hendaklah diniatkan kerana Allah.
iv) Terdapat sekurang-kurangnya 3 jenis balasan bagi mereka yang kerjanya menjadi ibadah iaitu:
i) mendapat balasan dalam bentuk material (gaji)
ii) mendapat balasan dalam bentuk kepuasan kerana dapat menyiapkan atau menyelesaikan kerjanya
iii) mendapat pahala untuk bekalan di hari akhirat.
v) Dalam konteks hubungan majikan-pekerja pula Islam melihat bahawa pekerja itu bukanlah sebagai hamba kepada manusia lain untuk menghasilkan sesuatu pengeluaran kerana penghambaan hanya dikhususkan untuk Allah S.W.T. Oleh itu hendaklah ada keadilan antara majikan dan pekerja di mana gaji yang diberi hendaklah setimpal dengan kerja serta tanggungjawab yang dipikul oleh pekerja tersebut bahkan kalau perlu sebelum keringatnya kering kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Alangkah besar dosanya orang yang menahan-nahan makan (upah dan sebagainya) orang yang menjadi tanggungjawabnya. .

Friday 29 July 2011




PRODUK KELUARAN TERBARU AL HANNA PERFUMES

WANGIAN TERAPI 


  •  Wangian Terapi merupakan wangian yang telah di terapikan dengan bacaan Al Quran serta doa-doa ketenangan dan kedamaian.
  •  Kandungan patinya adalah suci lagi bersih. Pati wangian terapi bebas dari alkohol dan boleh dibawa solat.
  •  Terdapat 3 botol yang bersaiz 4ml dan setiap botol mengandungi berlainan wangian.



AL HANNA PERFUMES ( SET MERAH )
WANGIAN TERAPI
RM 28.00 SEKOTAK

 MERAH ~ Wangian Terapi Kebahagiaan ~ 
 Gabungan doa-doa kebahagiaan dan kemesraan , si pemakai akan sentiasa bahagia  dan tenang. InsyaALLAH.  

 UNGU ~ Wangian Terapi Kedamaian ~
 Kehidupan aman damai amat di impikan semua orang, dengan terapi kedamaian anda akan berasa suasana yang aman damai menghampiri anda. InsyaALLAH.
  
SILVER ~ Wangian Terapi Kemesraan ~
 Dengan wangian doa ini,kemesraan akan wujud dalam kehidupan anda. Kemesraan    bersama suami,rakan sekerja ataupun orang sekeliling anda. Insy aALLAH.











AL HANNA PERFUMES ( SET BIRU )
WANGIAN TERAPI
RM 28.00 SEKOTAK

BIRU ~ Wangian Terapi Keberanian ~
Si pemakai akan lebih berkeyakinan dan semangat dalam pelbagai bidang. Mampu menonjolkan potensi diri sebagai orang yang berketerampilan. InsyaALLAH.

HITAM ~ Wangian Terapi Ketenangan ~
Memberi ketenangan dan membantu dalam membina pemikiran positif dan mengeluarkan idea yang kreatif. InsyaALLAH.

GOLD ~ Wangian Terapi Keyakinan ~
Memberi keyakinan dan semangat dalam sesuatu pekerjaan . Si pemakai akan lebih fokus dalam membuat sesuatu pekerjaan. InsyaALLAH.